Sunday, September 13, 2015

Sample Translation 2

English language

How to know if a Guy Likes You

If he looks directly at you when he asks you a question, this normally means that he likes you, and is trying to tell you something with his eyes. He may also talk softer to you than to others, to give a feeling of sensitivity.

But watch out with what you say back to him at times. If he says something perverted; and you answer back with a yes; but you’re kidding, he may not know that, so make sure you’re clear when you say important things like that! You don’t want him to think you’re head over heels in love with him.

If he looks at you when you say something even not to him, he may like you.
Try to think beyond what your logic tells you. If you think he is looking at you or if you think he’s being too nice he may like you. Remember boys don’t flirt for no reason unless he is an outgoing guy.

If the guy puts his hands out at your waist level, when you get ready to walk up to him, it means he’s going to hug you. DONT be afraid and hug back. Wrap both of your arms around his neck (not too tight) and be soft and kind in your hug. He’ll know then, that maybe he needs someone like you to make his day better.
If you are comfortable around him and he is with you, it could mean that he likes you... or it could mean that he is so comfortable with you that you’re like any other person to him.
If he is nervous around you it could mean either that he likes you OR that he doesn’t like being around you.

Don’t find any excuse to be next to him, he might find that annoying and suffocating.
Try not to get annoying, you can be loud and flirty, but if your are the point where your talking so loud that has giving your friends weird looks, your probably just chasing him away.

If he looks at you then he looks away quickly then smiles or gets red face then it definitely means he is trying to make an interest.
Strike up a conversation with him. Boys like girls they can talk easily to so try to sound interesting and don’t forget to make eye contact!



Malay translation:

Bagaimana untuk mengetahui jika seorang lelaki itu menyukai anda

Jika si dia merenung tepat-tepat ke arah anda apabila dia bertanyakan suatu soalan, ini biasanya bermakna bahawa dia sukakan anda, dan si dia cuba memberitahu anda sesuatu dengan matanya. Dia juga mungkin akan bercakap lebih lembut dengan anda berbanding dengan orang lain, untuk menunjukkan suatu perasaan yang sensitif.

Tetapi, berhati-hatilah dengan apa yang akan anda katakan padanya pada masa-masa yang tertentu. Jika si dia mengatakan sesuatu yang tidak sopan, dan anda memberi jawapan dengan mengiyakannya; tetapi sebenarnya anda sedang bergurau, si dia mungkin tidak menyedarinya, jadi pastikan anda jelas apabila memberitahu sesuatu yang penting seperti itu! Anda tidak mahu membuatkan si dia fikir bahawa anda sedang jatuh hati padanya.

Jika si dia memerhatikan anda walaupun anda sedang bercakap dengan orang lain, dia mungkin sukakan anda. Cuba fikirkan melampaui akal logik anda. Jika anda fikir bahawa si dia sedang memerhatikan anda atau jika anda fikir bahawa si dia berkelakuan terlalu baik pada anda, si dia mungkin sukakan anda. Ingat bahawa budak lelaki tidak akan bermain-main tanpa sesuatu sebab, melainkan si dia adalah seorang lelaki yang teramat ramah.

Jika seorang lelaki meletakkan tangannya pada paras pinggang anda, apabila anda sedang berjalan dengannya, ini bermakna bahawa dia akan memeluk anda. JANGAN berasa takut dan peluklah dia kembali. Rangkul kedua-dua tangan anda pada lehernya (jangan terlalu erat) dan peluklah dia dengan lembut dan ramah. Pada ketika itu, si dia akan menyedari bahawa mungkin dia memerlukan seseorang seperti anda untuk membuatkan hari-harinya bermakna.

Jika anda berasa selesa dengannya dan dia juga berasa begitu, ini mungkin bermakna bahawa dia sukakan anda ... atau ia juga mungkin membawa maksud bahawa si dia terlalu selesa dengan anda sehinggakan dia menganggap anda sama seperti mana-mana rakannya yang lain. Jika si dia berasa gemuruh berada dengan anda, ia mungkin bermaksud dia sukakan anda ATAU mungkin juga ia bermaksud bahawa si dia tidak suka berada dengan anda.

Jangan mencari sebarang alasan untuk berada hampir dengannya, kerana si dia mungkin merasakan ianya menjengkelkan dan merimaskan. Cuba untuk jangan menjadi terlalu menjengkelkan; anda boleh menjadi lantang dan bermain-main, tetapi jika tiba di suatu tahap di mana percakapan anda menjadi terlalu lantang sehinggakan si dia menunjukkan air muka yang aneh kepada rakan-rakan anda, anda berkemungkinan akan menyebabkan si dia pergi dari situ.

Jika si dia memandang anda dan kemudiannya memandang ke tempat lain dengan cepat, kemudian tersenyum atau mukanya menjadi merah padam, maka sudah tentunya ia bermaksud si dia sedang cuba menunjukkan minat.
Mulakan perbualan dengan si dia. Budak lelaki sukakan budak perempuan yang mereka boleh berbual dengan mudah, jadi cuba jadikan diri anda menarik dan jangan lupa untuk membuat hubungan mata!


No comments:

Post a Comment